Wednesday 16 November 2016

Bumi Hijau Milik Kita!


Image result for bumi hijau kartunManusia adalah dipilih oleh Tuhan untuk menjadi pemimpin menguruskan sumber alam di muka bumi ini. Hubungan harmoni antara manusia dengan alam sekeliling harus diterapkan untuk kesejahteraan hidup manusia. Dalam konteks Geografi, manusia dan sumber alam mempunyai hubungan interaksi antara satu sama lain. Segala  aktiviti yang dilakukan oleh manusia akan memberi kesan neagatif terhadap sumber alam di muka bumi di mana akan mendatangkan bencana kepada manusia. Sebagai contoh, banjir kilat merupakan kesan pembandaran yang semakin meningkat di sesuatu kawasan. Oleh itu, kesejahteraan hidup manusia akan dapat dimiliki selagi ekosistem sumber alam di muka bumi ini diuruskan degan baik.






Kepentingan hidupan hijau : 
1.Sumber habitat haiwan
2.Pembekal gas oksigen.
3.Sebagai sumber penjanaan ekonomi Malaysia.
4.Menjadi kawasan pelancongan manusia.
5.Sumber makanan manusia.
6. Kawasan tadahan hujan.

Antara punca kemusnahan hutan secara besar-besaran ialah : 

 1. Pembalakan Haram
Image result for pembalakan haram Pembalakan haram ialah aktiviti penebangan pokok secara tidak terancang. mereka akan melakukan pembalakan sesuka hati untuk keuntungan masing-masing tanpa mengira kesan kepada sumber hutan.

2. Pembukaan tanah baru untuk tujuan pertanian. 

\Image result for pembukaan tanah baru untuk tujuan pertanian  Penyerahan tanah secara besar-besaran bertujuan untuk membuka kawasan pertanian seperti kebun sayur. Selain kebun sayur, pemusnahan hutan semula jadi secara besar-besaran turut berlaku apabila hutan sedia ada ditukar kepada ladang pertanian.

3. Pembinaan empangan hidrolektrik.


Image result for pembinaan empangan hidroelektrik  Pembinaan empangan elektrik akan memusnahkan hutan dengan dua cara iaitu penebangan hutan dan pembersihan hutan untuk pembinaan empangan dan penenggelaman hutan bagi tujuan penakungan air. Ratusan hektar hutan telah ditenggelamkan untuk tujuan pembinaan empangan.

Langkah-langkah mengatasi kemusnahan hidupan hijau :
1. Langkah perundangan.
2. Langkah pengurusan.
3. Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar.

Kesimpulan

Image result for bumi senyumBumi adalah milik bersama dan hidupan hijau juga amanah yang perlu dipelihara dan dijaga. Kesejahteraan hidup manusia bergantung pada keseimbangan alam sekitar. Sayangilah bumi kita. Sekian.













ber habitat haiwan

No comments:

Post a Comment