Sunday 11 December 2016



PERAYAAN HARI GAWAI DAYAK 
Related image
Perayaan Hari Gawai Dayak disambut oleh suku kaum Dayak di Sarawak yang tergolong daripada kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Perayaan ini disambut pada akhir bulan Mei iaitu 31 Mei hingga awal bulan Jun. Kebiasaannya, Perayaan Hari Gawai disambut selama 3 hari.
        Perayaan ini pada awalnya merupakan perayaan yang berbentuk keagamaan bagi suku kaum Dayak. Sambutan ini disambut sebagai tanda berterima kasih kepada ''Petara'' pada setiap kali musim menuai. Perayaan Gawai Dayak menuntut masyarakatnya menghargai budaya dan memastikan ''semangat'' padi sentiasa dihormati. Di dalam blog ini, saya hanya memerihalkan tentang Perayaan Gawai Dayak yang disambut oleh suku kaum Iban.
  • Terdapat banyak perkara yang dilakukan oleh suku kaum Dayak semasa sambutan Hari Gawai. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Persediaan Sebelum Hari Gawai  
  • Sebelum sambutan perayaan Gawai Dayak, masyarakat rumah panjang akan sibuk menyediakan  air tapai yang dikenali sebagai "Tuak". Air tuak ini pula diperbuat daripada Ranggi iaitu beras yang direndam di dalam tempayan seberapa lama yang mungkin. 
  • Sebelum perayaan juga, kaum wanita akan sibuk bekerjasama membuat kuih tradisional seperti kuih penyaram, kuih sepit, kuih jala, kuih cap dan penganan yang diperbuat daripada tepung beras dan santan kelapa. 

Image result for air tuak sarawak
Air Tuak
Image result for kuih gawai  
Hidangan Hari Gawai



        Image result for kuih gawai
Kuih-muih Tradisional




2. Aktiviti-Aktiviti Semasa Hari Gawai
  • Penduduk rumah panjang akan menghampar tikar pada 31 Mei pada jam 6 pagi. hamparan tikar ini menandakan mereka mempunyai perayaan yang disambut pada hari tersebut.
  • Pada jam 5.30 petang, tawak akan dibunyikan sebagai tanda upacara miring telah bermula.Seterusnya, upacara ngelaluka petara juga dijalankan.
  • Pada malam tersebut, penduduk rumah panjang akan berkumpul di ''ruai'' tuai rumah iaitu ketua di sesebuah rumah panjang dan menunggu jam 12 malam untuk minum air yang telah diletakkan di tengah ruai iaitu ai pengayu.
  • Semasa menunggu jam 12 malam, penduduk rumah panjang akan mengadakan pelbagai akiviti seperti pertandingan karoke atau nyanyian.
  • Untuk keesokkannya, pelbagai aktiviti yang turut dijalankan seperti ngabang, pertandingan tarik tali, pertandingan wajah hodoh, pertandingan kumang, pertandingan menari untuk kanak-kanak dan pelbagai aktiviti lain.

Related image
Pakaian tradisional yang digunakan.

Image result for hari gawai sarawak  Tarian ngajat merupakan antara persembahan yang menjadi lambang sambutan hari gawai di rumah panjang. Sekumpulan penaboh juga turut berada di situ untuk menendangkan muzik tradisional seperti Taboh atau Sape. 


Image result for taboh iban

Pasukan Penaboh yang mendendangkan ''Taboh Iban''




Image result for pekit kumangImage result for pekit kumang
Pertandingan Ratu Cantik atau Pekit Kumang

       Aktiviti '' ngabang'' merupakan aktiviti yang saling kunjung-mengunjungi ke rumah penduduk yang menyambut perayaan tersebut. Aktiviti ini dapat mengeratkan silaturahim penduduk semasa sambutan ini dijalankan. Pelbagai jenis hidangan tradisional akan dihidangkan untuk para tetamu terutamanya ''kaban-belayan'' yang tinggal di tempat yang jauh.Ngabang juga bukan hanya untuk penduduk rumah panjang tersebut. Semasa Hari Gawai  dijalankan, masyarakat yang terdiri dari pelbagai agama dan bangsa boleh saling kunjung-mengunjungi dan aktiviti ini telah menjadi amalan semasa perayaan ini dijalankan. Ngabang merupakan simbolik perpaduan sesama mereka dan suku kaum lain.



Image result for ngiling bidai

Pada akhir bulan Jun, majlis penutupan untuk sambutan Hari Gawai akan dijalankan sebagai tanda bulan perayaan musim menuai telah tamat. Majlis penutupan ini dipanggil ''Ngiling Bidai'' ataupun menggulung tikar.


2 comments:

  1. Jom,kenali budaya anak Kenyalang.

    ReplyDelete
  2. pengetahuan yang sangat menarik tentang perayaan di sarawak.. menawan dan unik..

    ReplyDelete